Subscribe:

Pages

Saturday, March 14, 2015

Masa itu emas

Assalamualaikum semua yg mengikuti blog cik edah.. ape khabar semua nya.. harap di berikan kesihatan yang baik di samping dapat menjalankan ibadat dengan sempurna..

Bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan.. pejam celik pejam celik sekarang dah masuk semester ke empat cik edah di UITM Shah Alam.. Alhamdulillah masih di beri cgpa yang cukup membanggakan ibu ayah.. di kurniakan kawan-kawan yang selalu bersama dalam semua perkara.. masih banyak subjek yang perlu di ambil.. perancangan subjek setiap semester amatlah membantu keputusan yang terbaik untuk cik edah target pada setiap semester.
bulan bertambah maka umur juga bertambah.. so harap2 ilmu akhirat juga akan bertambah.. insyaallah..

Setelah bergelar part timer student masa amat terhad.. kelas pada setiap hari isnin-jumaat pukul 6.30-10.30pm.. dah 4 semester berulang alik ke shah alam dengan kereta kakak.. ari minggu cik edah keje part time lak.. tp masih beryukur dengan rezeki yg di beri.. insyaallah setiap pengorbanan yang dilakukan dengan tujuan kebaikan pasti akan terselah dengan kebaikan jua akhirnya. Kepahitan dibalas dengan kebahagian.

Insyaallah dengan dorongan serta doa keluarga terdekat akan di berikan kejayaan di dunia dan di akhirat. Setiap hari bangkit dengan semangat baru untuk terus berjaya di dunia mahupun di akhirat.. tetapi kebahagian juga harus di cari.. walau sesibuk manapun kita dengan rutin harian luangkan masa bersama orang tersayang..

Ok lah smpai setakat tu je la cik edah nk share.. Enjoy reading.. walau tak semanis..

0 komen: