Subscribe:

Pages

Sunday, October 25, 2009

Cyber Cafe

Tiap-tiap hari aku pergi cyber cafe, mula-mula nak cek email je.. tp dah melalut kat lain lak.. Macam-macam website lah aku buka kan.. Facebook lah, chat lah, friendster lah.. Lebi-lebih lagi sekarang nie banyak website aku join..CC yang aku selalu pergi tue murah sgt, RM1.50 sejam.. Tapi arinie tutup lak CC tu, terpaksa lah pergi yang RM2.50.. Aku pergi ngan ekin, member aku masa kat Train & Place aritue..

Friday, October 23, 2009

TRAINING

Arinie last aku training kat Kelly services.. Ramai gak yang kena start training 26 hb nie.. Ade gak kena start 2 nov sebab ramai sangat kot.. Sedih nak berpisah ngan diorang walaupun akan jumpa balik kat plaza vads nanti.. Mungkin semua akan sibuk dengan kerja masing. Lepas nie tak leh lah jumpa lagi.. Kelas ngan en irfan memang best.. Budak-budak nie ramai cam masuk air je.. Semua kelakar.. Ade 2 orang budak china tetapi sekarang tinggal seorang je sebab seorang lagi dah sambung belajar.. Harap-harap lepas nie akan jumpa balik.. kul 5.30 kitaorang balik tadi, aku terus ke Monorail Raja Chulan ke stesen Bukit Nanas untuk pertukaran Putra LRT lak.. Dari LRT Dang Wangi aku terus ke Kelana Jaya.. Dari sana aku ambik teksi, jalan jammed.. sampai rumah kat Flora Damansara pada pukul 8pm..Penat tak terkata..

Thursday, October 22, 2009

PENATNYAAAA

arinie balik awal sikit dari semalam sebab sekarang ni musim hujan di Kuala Lumpur.. Esok merupakan hari terakhir aku ngan member-member aku menjalani latihan kemahiran diri.. Minggu depan bermulalah kerjaya kami di VADS iaitu di bawah Telekom Malaysia.. Semua bangsa pun ada, ini lah di katakan semangat 1 Malaysia..Penat tak terkata, walaupun hanya latihan kemahiran diri.. Esok kitaorang ada penilaian sedikit pasal apa yang kami pelajari di sana selama 5 hari.. Aku harap semua akan lulus dengan cemerlang dan dapat membina kerjaya di dalam bidang ini bersama-sama. Walaupun kitaorang berlainan bangsa tetapi hubungan sesama sendiri amat lah kukuh.. Dalam jumlah 37 orang pekerja, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang akan menjalani latihan pekerjaan pada hari isnin nanti. iaitu 26/10/2009.. Yang selebihnya akan masuk pada 2 /11/2009.. Jumpa di sana nanti semua..gudluck for everyone..

KISAH MAK CIK ADVANCE

Suasana di pasaraya amat gamat sekali..Ramai yang datang untuk membeli-belah.Ada juga yang datang hanya untuk melepak bersama kawan-kawan nya..Semua golongan ada..Tetapi satu cerita yang menarik minatku.. iaitu kisah seorang mak cik tua yang berusia dalam lingkungan 80 an ngan seorang remaja perempuan.. kisahnya bermula apabila dia melanggar mak cik tersebut dan dengan pantas dia meminta maaf..
di sini serba sedikit dialog yang aku sempat dengar..Remaja tu tak tau nak cakap apa, dia nak speaking takut mak cik tu tak paham..

Remaja:"Maafkan saya mak cik, saya tak sengaja"."saya nak cepat tadi".
Mak Cik: "it's Ok, Not your fault".

Remaja tadi menuju ke arah kawan nya dengan perasaan terkejut.. Dia menyangkakan mak cik tersebut tidak akan paham sekiranya dia bercakap dalam bahasa inggeris.. Rupa-rupanya mak cik tua lagi advance daripada dia..Dia menceritakan kejadian itu kepada kawan-kawan nya.
So moral dia, Don't judge by it's cover.

Lirik Lagu Hilangkan Segalanya - Farawahida (OST Kasih Iftitah)

Semudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkanlah segalanya

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

KERJA

Alhamdulillah, sekarang aku dah dapat kerja ngan Telekom Malaysia sebagai Customer Service Representatif.. Aku pergi interview minggu lepas, terus dapat.. Aku amat gembira walaupun ini merupakan kali ketiga aku mencuba nasib di sana. tak di sangka-sangka aku akan dapat kerja di situ.. Gaji pun cukup agak lumayan, basic RM1500, tak termasuk Over Time ngan lain-lain elaun.. Kalau kerja habis selepas pukul 10, aku akan dapat elaun transport.. Ok lah kan.. Hari nie merupakan hari ketiga aku kena training kat Kelly Services.. Kat area Raja Chulan.. First time pergi sana aku dah tersesat, aku terus telefon kat Kelly untuk memberitahu kelewatan aku.. Sampai kat sana pukul 9.30, kelas dah bermula pukul 9 lagi.. Aritue kena citer sikit pasal diri kite pada semua orang, memandangkan aku sampai lambat, jadi aku merupakan orang terakhir yang memperkenalkan diri di depan semua orang.. Pada keesokan harinya, ada 7 orang lagi yang datang training dan hari ini 15 orang lagi.. bertambah meriah kelas.. Trainer aku pun baik, nama dia Muhammad Irfan Indrakunawan.. Dia baru je masuk Islam pada Disember 2008.. Aku ingatkan India, sekali melayu daaaa.

Saturday, October 17, 2009

KENALAN

malam nie aku try masuk yahoo chat, bosan sangat rasanya.. ramai gak kawan aku dpt..
saja nak try.. tak sangka lak dapat ramai, tak terlayan di buatnya.. tengah syok-syok bersembang line lak terputus sebab hujan.. huhuhu.. tension tul lah, ingat guna celcom broadband dapat lah line laju sikit..

Friday, October 16, 2009

TONIGHT

Malam nie aku tidur dengan danial(anak che ngah yang sulong)je, semua lampu aku bukak.. Maklum lah rumah che ngah ni paling hujung sekali dalam taman perumahan ni, takut gak aku sebab kat area nie lak banyak mat2 rempit.. Rumah che ngah nie dah 2 kali di masuk orang, ni semua kerja mat-mat rempit lah.. Petang esok baru che ngah balik.. Pagi-pagi lagi aku kena hantar danial kat rumah pengasuh dia sebab pukul 11 aku nak pergi ke kenduri kawen Julia kat Indera Mahkota.. Aku pun tak tau kat mana rumahnya, tapi dia dah bagi kad jemputan nya melalui email aku, dia forward kat semua budak-budak kelas Train & Place Batch 6.. Aku nie pun, kebetulan ade kat kuantan, kalau aku kat terengganu mesti dah tak pergi lagi..Lepas je kenduri aku terus ke Terminal Kuantan untuk balik ke Terengganu lak..

TODAY

arinie che ngah pergi ke University Malaya sebab dia ade kelas petang nie.. dia ade dua org anak, dua2 lelaki.. Yang sulong umur 3 thn, yg kedua umur setahun.. skrg nie diorg duk umah pengasuh, ptg bru aku g ambik die.. esok nak g kenduri kawen julia.. kawan aku masa duk kat Train & Place Program kat KL..

Thursday, October 15, 2009

TECHNICAL SUPPORT REPRESENTATIF

alhamdulillah aku dah dapat keje kat Kuala Lumpur sebagai Technical Support Representatif, aku dapat untuk projek KATANA iaitu di bawah TM Streamyx. Insyaallah pada 19 hb 10 2009 nie aku akan menjalani latihan selama seminggu dan sebelum aku di sahkan sebagai kakitangan mereka, aku mesti menjalani latihan lain selama 2 bulan di Plaza VADS di Taman Tun Dr Ismail, Jalan Mohd Fuad 3.. Aku akan tinggal bersama dengan kawanku yang aku jumpa semasa aku mengikuti latihan di Asia e University selama 2 bulan..

Friday, October 9, 2009

PENING-PENING

aii, pening2.. tak dapat2 lagi keje.. dah banyak aku apply.. harap2 ade lah satu yang melekat nnt.. kawan2 aku sume dah keje, tggl aku sorg je yg masih duk tanam anggur nie.
tp duk tanam anggur pun, income masuk tiap2 bulan.. aku tlg mak cik aku kemas rumah, lipat kain, basuh kain.. wat keje2 umah lah termasuk lah masak.. kalo nak jd surirumah sepenuh masa pun boleh gak.. tp jodoh aku tak sampai lg.. aku kena mencari lagi, nak cari calon suami sama mcm nk cari baju, bukan sume baju muat ngan kite kan..