Subscribe:

Pages

Thursday, October 22, 2009

KERJA

Alhamdulillah, sekarang aku dah dapat kerja ngan Telekom Malaysia sebagai Customer Service Representatif.. Aku pergi interview minggu lepas, terus dapat.. Aku amat gembira walaupun ini merupakan kali ketiga aku mencuba nasib di sana. tak di sangka-sangka aku akan dapat kerja di situ.. Gaji pun cukup agak lumayan, basic RM1500, tak termasuk Over Time ngan lain-lain elaun.. Kalau kerja habis selepas pukul 10, aku akan dapat elaun transport.. Ok lah kan.. Hari nie merupakan hari ketiga aku kena training kat Kelly Services.. Kat area Raja Chulan.. First time pergi sana aku dah tersesat, aku terus telefon kat Kelly untuk memberitahu kelewatan aku.. Sampai kat sana pukul 9.30, kelas dah bermula pukul 9 lagi.. Aritue kena citer sikit pasal diri kite pada semua orang, memandangkan aku sampai lambat, jadi aku merupakan orang terakhir yang memperkenalkan diri di depan semua orang.. Pada keesokan harinya, ada 7 orang lagi yang datang training dan hari ini 15 orang lagi.. bertambah meriah kelas.. Trainer aku pun baik, nama dia Muhammad Irfan Indrakunawan.. Dia baru je masuk Islam pada Disember 2008.. Aku ingatkan India, sekali melayu daaaa.

0 komen: